Assalam kawan-kawan! 😉
Saya lupa nak update blog. Boleh camtu? 😉
Saya agak busy bulan Oktober. Terrrlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Especially bab mencari pembantu dan babysitter untuk anak-anak. Saya “terpaksa” mendapatkan bantuan dalam menguruskan anak-anak…atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan…nanti saya cerita panjang…jika diberi kesempatan…
Ok…saya rasa semua orang dah alert dengan demam yang melanda sekarang…demam Durian Crepe! Sana sini orang dok kecoh tentang dessert yang sedap ya amat ni. Sesiapa penggemar durian memang takkan lepaskan peluang untuk merasa dessert ni…meeeemmmmaaannggg sedappp! 😉
Dek terlalu kepinginkan Durian Crepe ni since last week, masa balik kampung raya haji baru-baru ni, saya google resipi DC ni, pergi beli bahan-bahan dan buat sendiri di rumah! Semangat kannn? Sebab saya sangat-sangat teringin kekdahnya…hihi…maka dengan kegigihan saya yang tiada tolok bandingnya lagi, terhasillah Durian Crepe ini…hubby saya panggil Durian Creepy! Terukkan? 😉
Boleh tahan jugak lah rasa DC hasil tangan saya. First time taw. Hihi…cuma crepe tu tebal. Dari pembacaan saya, paling penting sekali nak buat DC ni, crepe atau kulit luar tu mesti buat senipis mungkin. Kalau boleh senipis kulit bawang…dan kalau ikut original resipi kena guna 7 jenis tepung. Saya guna 2 jenis je – Tepung Gandum and Tepung Ubi.
Untuk saja-saja try buat dan makan sendiri takpelah. Kalau nak makan yang sedap, better beli je dari orang yang memang belajar buat betul-betul dan expert buat DC ni.
Disebabkan saya tak dapat lagi rasa DC yg sebenar, maka pulang je ke KL lepas raya haji, saya terus memulakan pencarian DC ni di internet. Alhamdulillah…ramai yg response dan recommend a few DC seller yang sedang aktif menjual DC ni. And saya dah pun dapat my DC for the 1st time today! 😉
Saya order from sis Aslin Husin di Facebook. Order semalam dapat hari ini. Sampai je rumah terus saya ngap 2 ketul! Memang enakkk bangetttt…. 😀
Saya beli 3 boxes. Harga sekotak RM10 untuk 4 pieces of DC. Makan seketul dah kenyang. Tapi sebab sedap sangat seketul adalah tidak.cukup… 😉
So, kepada kawan-kawan yang nak mencuba, bolehlah contact sis Aslin Husin di FB yea…rugi sangat kalau tak coba taw… 🙂
As for me, saya dah makan dan sangatttt suka dengan rasanya. In fact, saya dah place order dengan sorang lagi seller DC kat FB. Sis Salina Hassan namanya. Hari Jumaat nanti baru dapat. Apa-apa saya akan update yea…
Ok kawan-kawan…selamat mencuba Durian Crepe yg sangat enak! Nite-nite! 🙂
Latest posts by Harlinda Halim (see all)
- 5 Remedi Alami Ini WAJIB Ada Di Dapur Setiap Rumah - September 22, 2015
- Anak Kerap Sakit? 10 Superfood Ini Bantu Anak Jadi Lebih Sihat! - September 7, 2015
- 11 Cara Rawat Batuk & Selsema Anak Di Rumah Tanpa Ubat - September 4, 2015
alahai sedapnya tgk..meleleh air liur. tak pernah lagi makan durian crepe ni 🙁
dh try crepe ni,=)
satu gigitan msti nk lagi n lagi,haha baru try tdi,,memg maveles
saye pling suke cmpedak crepe=)