Bukan Senang Nak Jadi Boss!

Assalamualaikum wbt…

Hari nie saya nak meluah perasaan sket. Dan saya rasa topik ni sangat-sangat-sangat-sangat-sangat and super duper importance especially for those yang ada cita-cita nak jadi boss or yang dah memang sekarang ni jadi boss kecik pon. Bukan apa, saya rasa benda-benda ni hari-hari terjadi dalam hidup kita especially yang bekerja full-time macam saya nie.

Saya bernasib baik sebab walaupun saya bekerja sepenuh masa sebagai Legal Advisor, saya berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat tentang hidup seorang BIG BOSS sebab suami saya mempunyai syarikatnya sendiri (syarikat kecik je ye…) dan dia merupakan Managing Director dan active shareholder. Dalam erti kata lain, ada beberapa director lain juga for his company, but yang menguruskan bahagian operasi syarikat, suami saya sahaja. Yang lain-lain adalah shareholder of the company.

Sebab apa saya kata bernasib baik? Sebab disamping menjadi seorang PEKERJA, saya dapat melihat sendiri bagaimana seseorang boss itu berkerja, berfikir dan membuat keputusan. Cara bekerja dan berfikir seseorang pekerja itu dari seorang boss is totally different! Kerap kali saya pelik dengan cara suami saya berfikir dan buat sesuatu keputusan. Memang kadang-kadang saya rasa tak patut dan tak setuju especially cara dia treat staff dan bagi instruction. Tapi, lama-kelamaan saya nampak dengan clearnya sebab-sebab dan alasan perlunya dia sebagai seorang boss buat sesuatu keputusan yang kadang-kadang pekerja tak boleh terima dan tak faham.

Memang, kalau boleh semua orang nak jadi boss kan??? Sape tak nak jadi boss? Saya akui saya sendiri nak jadi seorang boss juz like my hubby. Having my own company and being able to run my own business, to have my own office and staff. Tapi ingat senang ke nak jadi boss? Tak semua orang mempunyai kualiti untuk menjadi seseorang pemimpin atau leader dalam sesebuah organisasi. Most staffs selalu beranggapan kalau merekalah yang jadi boss, mereka pasti buat begini begini atau mereka takkan buat begitu begitu.

Saya admit. Semasa saya di syarikat lama, saya selalu ada rasa marah pada boss saya. Saya tak suka cara dia treat staff dan sikap pilih kasihnya. Tapi dari segi kerja, dia adalah seorang yang bagus dan berdedikasi. Cuma mungkin dari aspek komunikasi dan layanan kepada staff dia fail. Saya cuba improve dan buat yang terbaik untuk impress my boss. Tapi kalau dia masih tak nampak atau buat-buat tak nampak, saya akur. Apa yang penting saya dah beri yang terbaik untuk jabatan dan syarikat saya.

So, pointnya kat sini…BUKAN MUDAH NAK JADI SEORANG BOSS…nak jadi boss ni kena ada macam-macam KUALITI dan JATI DIRI kena kuat. Ni semua orang anggap diri diorang boss dan bagi instruction sesuka hati. Bagi instruction TAK CLEAR pulak tu. So, what do you expect from those people whom you instructed if your instruction tu tak clear??? Semua orang pun boleh bagi instruction. Even my son umur 2 tahun tu pon dah pandai instruct i suh duduk la, baring la etc etc. Tapi kalau kita expect untuk dapatkan hasil yang marvellous or excellent from people yang you instruct tu, please lah bagi instruction CLEARLY! Janganlah setakat cakap dua tiga patah perkataan pastu expect orang tu tau semua benda. Nak jadi boss nie kena rajin luangkan masa untuk beri tunjuk ajar pada staff. Tapi ramai orang SILAP BESAR. Bile sebut je nak jadi boss, orang ingat nak bagi arahan jek. Banyak lagi beb benda nak kena ada kalau nak jadi boss….pikir sendiri lah ye…

Saya sendiri kalau boss saya bagi instruction yang kurang jelas atau saya sendiri lembap nak pick-up, on the spot saya tanya balik atau pun lepas saya dah go thru’ semua benda dan ada benda yang saya masih kurang clear, saya akan pegi balik jumpa die untuk minta clarification. Saya takkan biarkan kepala otak saya serabut untuk figure out benda tu sendiri dan saya faham boss saya ada banyak benda lain nak fikir (boss saya sekarang adalah CEO dan Managing Director di syarikat saya bekerja).

So, malas dah nak ngomel panjang…pointye, fikir baik-baik ye pembaca-pembaca sekelian…DO YOU REALLY HAVE WHAT IT TAKES TO BECOME A GOOD BOSS??? Being a boss is not only u are able to GIVE INSTRUCTION, but you’ve got to have the ability of GIVING A CLEAR INSTRUCTION. Not simply-simply suruh sarah tak tentu hala. Bikin gue tension taw takkk….

Lastly, saya nak quote kata-kata hikmat HUBBY saya –> “Nak jadi seorang pekerja yang bagus dan cemerlang, kita kene cuba melihat dari kaca mata seorang boss.”. So, apatah lagi kalau kite nak jadi seorang boss kan? WAJIB lah kite belajar dari boss kite sekarang camana dia boleh sampai ke tahap sekarang. Ape kualiti yang die ade dan kite takde. Akhir kalam saya nak bagitau kat sini –> BUKAN SENANG NAK JADI SEORANG BOSS!

Wassalam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

2 Comments

  1. tutyrahiza May 26, 2011
    • Harlinda Halim May 27, 2011

Leave a Reply to Harlinda Halim Cancel reply

*