Breastfeeding Tips & Infos for New Mom

Hye kengkawan sume… =)

Cuti2 nie mmg saya gunakan hampir keseluruhan hari untuk menyetelkan house chores yg tertunggak sepanjang minggu…basuh kain, sidai kain, lipat kain, vacuum carpet, tgk tv/CD, baring2, mkn2 dan mcm2 lg! Jadi,untuk weekend ini, cukuplah saya “berpenat-lelah” membuat kerja rumah. Biarlah saya berehat dan bergedik santai dengan berkongsi dgn kawan-kawan semua tentang tips & infos untuk bakal-bakal ibu yg bakal menjadi mommies yg prihatin utk breastfeed anaknye bile lahir ke dunia kelak…

Okie..di sini saya listkan antara tips-tips yg amat PENTING for a new mom or breastfeeding beginners :-

FIRST
Nurse as soon as possible after birth.
Please note ye kawan-kawan…menyusukan bayi anda within one hour after delivery is very crucial. “The baby should be at the breast immediately after birth” – Jack Newman. In fact, most newborns akan secara semulajadinye mencari breast ibunya dan mula menyusu tanpa perlu diajar! Ini dinamakan sebagai “breast crawl”. Mmg taksub dgn kuasa Allah swt…kite sendiri akan  kagum macamane bayi kite boleh pandai menyusu sedangkan dia baru shj lahir ke dunia dan mengenali payudara ibunye…

Saya bersalin di hospital gomen rakan bayi. Jadi mmg x de masalah langsung untuk menyusukan Danish sejurus selepas bersalin dan di”jahit” oleh bidan (oucchhh…masih ku terkenang memori itu….scaryyyyyyynyeeee!!!). Walaubagaimanapun, pd permulaan Danish seolah-olah x mau menyusu. Saya cuba susukan sambil dibantu oleh seorang midwife. Risau gak saya bile Danish macam tak mau disusukan. Midwife tersebut meyakinkan saya yg ia adalah normal dan membantu saya untuk terus menyusukan Danish.

Di hospital gomen juga mengamalkan konsep rooming-in dimana bayi dan ibunya akan ditempatkan di dalam satu bilik yg sama untuk memudahkan ibu menyusui bayi apabila perlu.

SECOND
Establish the proper latch on.  This will eliminate much of the pain and soreness often associated with breastfeeding, and it will allow the baby to get milk more easily.
Teknik lekapan yg betul merupakan KUNCI kpd kejayaan dalam penyusuan susu ibu.Boleh refer entry ini untuk pemahaman lanjut mengenai teknik lekapan yg betul/proper latch-on.

THIRD
Avoid artificial nipples.
Saya memang tidak mahu bagi Danish pacifier/soother sedari lahirnye anakandaku itu ke dunia ini. Saya admit, sebenarnye saya lebih banyak terpengaruh dengan isu “gigi jongos” jika seseorang itu diberi puting tiruan semasa kecil. Walaubagimanapun, theorytically, bayi yg fully & exclusively breastfeed sememangnye tidak perlu di beri pacifier langsung. “Puting Original” ibunye adalah pacifier TERBAIK! Anda boleh refer artikel ini untuk keterangan lanjut mengenai keburukan pacifier.

FOURTH
Do not restrict the length or frequency of breastfeeding.
Bayi anda PERLU disusukan dengan kerap di awal kelahiran. Jangan sekali-kali anda limitkan/hadkan masa untuk bayi menyusu dengan menghentikan penyusuan. Ini adalah big No-No kerana anda sepatutnye membiarkan bayi anda menyusu selama mana yg dia mahukan dan kite kenalah “akur” dan “patuh” pd kehendak bayi kite time ni. Tempoh penyusuan mungkin akan berlangsung di antara 20 ke 45 minit. Walaupun saya sniri rase Danish menyusu tanpa henti kecuali bile dia tidur! Tak pe…berkorbanlah…mmg mencabar keimanan..tapi one fine day kite akan berbangga dgn diri sniri bile kite igt balik pengorbanan yg dah kite lakukan utk anak kite… =)

FIFTH
Sleep when your baby sleeps!
YES! Co-sleep dgn bayi anda! Ni jelah satu-satunye cara nak berehat bila bayi ada bersama kite. Time pantang sangatlah perlu diamalkan co-sleep bersama bayi utk memastikan kite mendapat rehat yg cukup. Mcm saya semasa berpantang, mmg sgt mencabar la kalau tak co-sleep dgn Danish kerana Danish sgt aktif menyusu dan akan terjaga setiap kali sy bangun ke tandas, dapur dan mana-mana je sy nak pergi. Sgt pressure! Nak harap die tido dgn lenanye tanpa saya adalah hampir mustahil. Jadi sy akan “membuta” dgn Danish utk rest dgn secukupnya. Sekarang? Alhamdulillah…dah boleh tidokan die and co-sleep dgnnye. Sampai satu masa Danish akan tido dgn nyenyaknye, saya akan bangun utk settlekan sume house chores yg berlambak-lambak! 

SIXTH
Wear your baby!  Carry your baby in a sling for easy nursing.

Haa..ni lg satu kena ada utk mommies zaman skrg! Kalau x de x complete la title anda sebagai “Modern Mummy” ye! Pandai-pandai aku je. Byk benefitnye babywearing ni kpd ibu dan juga bayi. Malah, pemakaian baby sling/pouch banyak membantu dan juga memudahkan mommies untuk menyusukan bayi terutama apabila anda membawa bayi anda keluar spt ke klinik dsb. Malah Kak Sue (LUNATOTS) kite pon boleh berceramah sambil menyusukan bayinye. SANGAT HEBAT! Bleh baca entry Kak Sue kalau tak percaya… =)

SEVENTH
Have a glass of water every time you sit down to nurse –  this will help make sure you’re drinking enough fluids.
Drink a lot of water to maintain fluid in ur body. Sbb bile kite susukan anak, kite akan dehydrated. Amalan saya, minum segelas air suam sebelum dan selepas menyusukan. Thruout the day saya akan minum lagi banyak2 air untuk elakkan dehydration dan constipation. Di samping tu juga saya minum susu anmum dan soya untuk kalsium.

EIGHT
Avoid bras and tight-fitting clothing in the first few weeks after birth to allow sore nipples to heal.
Pd permulaannye mmg kite akan mengalami masalah puting melecet. Mmg sakit mak datuk everytime saya nak bg Danish menyusu. Namun kugagahi jua demi anak tercinta…Jadi solutionnye, juz tahan je la sakit tu utk permulaan, sapukan krim khas utk puting melecet spt Purelan, Bephanten dsb. Tak perlu pakai bra sepanjang berada di rumah utk mempercepatkan penyembuhan luka atau pakai nursing tank, nursing bra or nursing T jika anda berada di luar.

NINETH
Use pillows to support you and your baby while breastfeeding.
Nursing pillow sangat membantu dalam mempraktikkan posisi-posisi penyusuan dan lekapan yg betul. Tak rugi beli…sangat menyenangkan berbanding nak pakai bantal banyak2 utk sendal pinggang, perut dan bayi utk dptkan kedudukan yg selesa.

TENTH
If you experience pain during breastfeeding, seek help from your doctor or a Lactation Consultant  or attend any class/worksyop on breastfeeding to get proper advice and informations.
Ya betul! Rajin-rajin la consult kaunselor-kaunselor laktasi anda yg berdekatan dan reachable dan kini banyak diadakan kelas-kelas tentang asas-asas penyusuan susu ibu di seluruh negara seperti yg dianjurkan oleh Pn. Suraya & Pn Farah. Anda sangat-sangat DIGALAKKAN untuk menghadiri kelas-kelas penyusuan ini untuk mendapatkan direct info dan teknik-teknik penyusuan yg betul.

Semoga sedikit info ini akan menjadi manfaat kpd mommies sekelian… =)
Source : www.breastfeeding.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

2 Comments

  1. m@Ri@ December 14, 2009
  2. harlinda halim December 14, 2009

Leave a Reply

*