Berpuasa di kampungku terchenta…Kg. Bahagia, Teluk Intan… :)

Alhamdulillah…dapat juga saya pulang ke kampung halaman tercinta bulan Ramadhan ni. Paling best dapat berpuasa dan berbuka bersama mak dan abah tersayang and of course lagi siok sbb dapat makan masakan mak yg sangat shedappp… 😉

Kalau diimbau zaman dolu-dolu, rasa rindu sangat nak berpuasa dengan mak abah…bangun sahur tolong mak hidang lauk untuk 1 family. Dan saya mesti makan nasik time sahur. Sampai sekarang saya masih nak makan nasik time sahur. Nak-nak sekarang tengah bf si kecik tuh. Memang kena makan dan minum secukupnye la dari waktu berbuka sampai sahur. Kalau tidak, kul 3 jek dah rasa nak pingsan! 😉

Kalau dulu, semua orang harap pada Mak je untuk menjayakan sahur. Kalau mak tak terjaga, makanya semua orang tak dapek nak bersahur. Sekarang bila dah kawen, baru saya tau berat gak tanggungjawab tu. Ye la…everyone in the house will count on us. Kalau x, abes 1 umah x bangun makan or at least minum. Sampai satu tahap, saya tak tidur langsung sbb risau tak terjaga. Hehehe…

So far setiap hari saya berjaya make sure hubby dapat bersahur…cuma hari 1st jek terlepas! Haha…x sedar langsung…tengok2 jam dah kul 6.15…dah subuh pon…so kena bebel la tak pasal2 di subuh hari…hehehe. Nak wat camno…x sedar kannn… 😉

Time sahur kat kampung memang best! Kami makan nasik mcm makan waktu lunch…hehe. Maklumla…bukan selalu dapat makan masakan mak kan…so pulun la habes2…siap bertambah nasik…rugi la kalau tak makan bersungguh2…dok kat KL, x dapek nak sahur sesedap di kampung. So, time balik ni la best sket nak sahur beria-ia… 🙂

Ok lah..disebabkan saya sudah kenyang dan sudah bersolat subuh, makanya saya mau melaksanakan agenda saya yang seterusnya..hehehe…TIDOR! 😉 Bila balik kampung, memang saya malas nak fikir pasal biz ke kije ke…saya mau REHAT…rehat-serehat-rehatnya…

Ok lah…cukup lah update blog buat masa ni. Ni pon update guna Samsung Galaxy Note sambil baring-baring bersama anak-anak yg masih lena diulit minpi…So, mak nak join aktiviti menareks anak-anak ye kengkawan! 😉

Ok…c u in da’ next entry! Papaiiiii… 😉

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

Leave a Reply

*