Bagaimana Cara Bekalkan Susu (EBM) Kepada Babysitter/Nursery?

Salam kawan-kawan!!!


Entry saya kali ini ingin bercerita cara-cara saya membekalkan EBM kepada babysitter (BS) saya. Memandangkan saya menghantar anak saya ke BS, jadi saya tdk brp pasti bagaimana nak anta EBM ke nursery. Walaubagaimanapun, saya percaya, cara/mechanismnye adalah lebih kurang sama. Cume kebanyakan nursery sekarang sudah mempunyai info dan penjaga yg terlatih dlm hal-ehwal pengurusan EBM. So, kalau anta kat BS yg x pernah ade experience, we will have to educate the BS from time to time. Nak ajar sekali harung pon payah gaks…fenin-fenin laks Kak BS ku itu nanti! =p


Okie fwens…let us begin now… =)


Tuan-tuan dan puan-puan..(hehehe..mcm rancangan memasak laks). Kite mulakan chronology proses ini drp hari anda memerah susu di pejabat. Selepas settle sesi terakhir memerah di opis dan setelah settle meyimpan kesemua hasil perahan di dlm cooler bag anda, bawalah pulang EBM-EBM tersebut…(jgn terlupa laks..jadi kes kakak kat opis saya tertinggal EBM kat fridge opis).

Setibanya di rumah, terus transfer/pindahkan kesemua EBM yg diperah di opis td ke dlm fridge iaitu peti ais bahagian bawah ye kalian. Jgn masukkan ke dalam freezer dulu eh. Let say la, contohnye hasil perahan saya untuk hari ini (Selasa) adalah cukup-cukup (3.5oz x 5 = 17.5oz) untuk Danish’s consumption keesokan harinye (Rabu), saya akan transfer dulu ke dlm fridge bahagian bawah dan biarkan dulu EBM tu dok diam-diam dlm peti ais.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, saya x suke uruskan EBM saya dalam keadaan rushing2. I like to take my own sweet and precious time enjoying the moment of handling my precious EBM…(hehehe…mcm “Breastfeeding Shakespeares” lak =p). So, memandangkan Danish akan cling to me like no body business apabile saya sampai di rumah, saya akan mtk tolong Mr. Hubby yg encem dan baik hati untuk jaga & main-main dgn Danish sementara mommy die ni kelam-kabut mcm ribut menyettlekan bilas-membilas soiled CD, mandi dan solat Maghrib. Lepas settle 3 benda penting ni, baru la saya bleh berpeluks-peluks dan “bersempit-sempit” (istilah yg digunakan oleh adek bongsu saya kalau nak ajak emak saya baring/tido!) dengan Danish utk beberapa jam.

Okie…bile si kecik tu dah lena, saya akan bangun dengan gumbiranye utk menjalankan operasi saya. Mula-mula sekali saya akan keluarkan fresh EBM yg disimpan dlm fridge td. Selalunye saya akan letak semua EBM tersebut dalam sebijik tupperware/bekas supaya menyenangkan kerja saya dan tak la EBM tu bercampur2 dengan barang2 lain dlm fridge ku itu. Ilustrasi seperti di bwh ini ye….

Letak dalam bekas leklok camni ye…


Bile EBM tu dikeluarkan dr fridge, saya akan amik 2 ice pack MLO utk diletakkan di dalam tupperware/bekas EBM tu. Tujuannye utk memastikan semasa proses “pengasingan susu” berlangsung, EBM saya akan kekal sejuk. Kalau tak letak, takut susu tu berubah suhu sbb diletakkan di luar fridge dlm suhu bilik kan…

Saya mulakan proses dengan mengasingkan EBM tersebut sebanyak 3.5oz setiap botol (5-botol). Bila dah siap asing-asingkan, saya akan labelkan masa dan tarikh EBM diperah (yg ni wajibul ye!). Pastu, saya akan masukkan 2-botol fresh EBM (dari 5-botol td) ke dalam freezer untuk dibekukan (dijadikan frozen stock) and lagi 3-botol td diletakkan semula ke dalam fridge dibahagian bawah.

3.5oz x 5 botles = 17.5oz

Kemudian kawan-kawan, dari bahagian freezer pula, saya akan turunkan 2-botol frozen stock yg bertarikh paling lama ke bahagian bawah (fridge) untuk di “thaw”/di cairkan. Untuk penegtahuan kalian, bahagian fridge saya boleh tahan sejuknye. Kadang-kadang dah letak frozen EBM mlm tu pun, esok pg still beku lagi. So, ape yg saya buat ialah, 2-botol frozen stock td saya letakkan dlm sebuah bekas/mangkuk berisi air paip dan letakkan kedua-duanye kat dlm mangkuk tu dan masukkan ke dlm fridge. Cara camni, membantu EBM frozen tadi cair dengan sempurnanya di keesokan paginye…

Rasionalnye saya tukar 2-botol fresh EBM dengan 2-botol frozen EBM td ialah, saya nak make sure yg stock frozen saya akan sentiasa di rotate. Walaupun, kite semua sudah sedia maklum yg EBM akan bertahan selama 3-bulan dlm freezer (bg peti ais 2-pintu), tp kalau boleh saya tak mau simpan EBM saya lama2 sgt dlm freezer. Ini cara yg saya aplikasikan la. Terpulang pd diri masing-masing ye…sy x paksa ikut cara saya taw… =)

Next process, saya akan labelkan EBM tersebut mengikut turutan dari nombor 1 hingga 5. Rasionalnye –> saya nak menyenangkan kerja Kak BS saya. Kalau tak label ikut turutan, sian kat die nak kena belek satu persatu botol tu nak cek tarikh mane paling awal. So, camni la saya buat!

Labelling from no. 1 to no. 5

Care LABELLING…saya akan labelkan dulu frozen EBM jadi no. 1 dan no. 2. Sebab –> frozen EBM yg dah di cairkan WAJIB di gunakan dalam tempoh 24-jam! So, Danish akan minum yg frozen stock first semasa di rumah BS. Lagipon, Danish dah minum susu yg fresh directly from his mother’s breast early in the morning right before his mom pergi ke kantor. Dan another 3-botol fresh EBM akan dilabelkan mengikut turutan dr no.3 hingga no. 5.

Okay! Esoknye (Rabu) saya dah sediakan 5-botol EBM for Danish. 2-botol Frozen EBM dan 3-botol Fresh EBM = 5-botol. Memandangkan rumah Kak BS hanya 2 langkah dr pintu rumah saya, saya juz bagi terus EBMs tadi directly from my fridge and ask her to put it directly in to her fridge. Tak sampai 2-minit pun EBMs tu dah pindah masuk peti ais Kak BS. But, utk kawan-kawan yg BS tinggal jauh dr rumah, HARUS masukkan kesemua EBMs ke dalam cooler bag with ice-packs terlebih dahulu sebelum di transportkan ke rumah BS. Sbb kite nak make sure yg suhu EBM td dikekalkan. Sebab susu kite ni sensitif…perubahan suhu yg mendadak boleh efek komposisi EBM ye kawan-kawan…

Lastly, sebelum bergerak ke kantor, saya akan bagi macam-macam amanat kat Kak BS (hari-hari pon bg amanat yg sama!) Bab EBM td, saya akan keep telling her supaya make sure susu tu betul2 warm dan jgn bg susu sejuk kat Danish. (sbb Danish pernah batuk2 disebabkan minum susu sejuk). Sy dah mudahkan kerja Kak BS dengan provide warmer and die hanye perlu set the warmer accordingly and let the EBM warm for 10 to 15 minutes.

Okay…senang kan kawan-kawan? Tak susah pon….cume renyah and fenin-fenin lalat sket je mase mula-mula nak get use to this routine…alah bisa tegal biase…

Selamat Mengurus EBM ye kengkawan! =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

30 Comments

  1. AnilZa_03 November 25, 2009
  2. harlinda halim November 25, 2009
  3. NAI December 6, 2009
  4. harlinda halim December 9, 2009
  5. kayyana December 21, 2009
  6. Wir March 7, 2010
  7. harlinda halim March 7, 2010
  8. zurina April 15, 2010
  9. Anonymous April 29, 2010
  10. ღnFashyaღ July 5, 2010
  11. harlinda halim July 5, 2010
  12. fizan September 30, 2010
  13. harlinda halim September 30, 2010
  14. fizan October 5, 2010
  15. dd October 11, 2010
  16. harlinda halim October 12, 2010
  17. dd October 12, 2010
  18. Ma Ri Ni November 11, 2010
  19. kamilah March 16, 2011
  20. Kedai Ibu.com April 11, 2011
  21. umi_baru April 25, 2011
  22. mama2Q May 1, 2011
  23. nor May 18, 2011
    • Harlinda Halim May 25, 2011
  24. nor May 25, 2011
  25. lily December 5, 2011
  26. Selly December 21, 2011
  27. wan May 26, 2013
  28. aini March 24, 2016

Leave a Reply to harlinda halim Cancel reply

*