Amalan & Tip Mudah Bersalin

AMALAN & TIPMUDAHBERSALIN (1)

Assalamualaikum & Hai semua! šŸ˜€

Kali ini saya nak share beberapa tip penting buat ibu-ibu yang mengadung di luar sana. Semua tip-tip ni adalah berdasarkan PENGALAMAN saya melahirkan ketiga-tiga orang anak-anak saya.

Seperti yang saya pernah kongsikan di blog ini tahun lepas, saya melahirkan anak ke-3 saya secara “waterbirth” di rumah. Dan apa yang boleh saya katakan secara jujur dan ikhlas dari hati sanubari saya ialah proses kelahiran anak ke-3 saya secara “home water birth” tersebut adalah proses kelahiran yang SANGAT MUDAH! Ya, mudah kerana dengan persediaan rapi yang telah dilakukan sebelum waktu kelahiran itu tiba dan juga MUDAH kerana Allah Taala PERMUDAHKAN…Alhamdulillah… šŸ™‚

Baiklah, di sini saya kongsikan tip-tipĀ pentingĀ yang saya lakukan dan amalkan sebelum melahirkan anak ke-3 saya dari segi PEMAKANAN dan SENAMAN…Ā 


Pertama, dari segi PEMAKANAN, di bawah ini adalah antara makanan/minuman yang saya amalkan semasa mengandung dan saya rasa sangat-sangat membantu memudahkan & mempercepatkan proses bersalin :

1) Raspberry Leaves Tea – saya minum sedari 38 minggu pregnant. Rebus 1 periuk untuk dapatkan 1 jug. Minum through out the whole day.

2) Minyak Kelapa Dara/Virgin Coconut Oil – saya ambil Ā 4 sudu makan sehari. Pagi 2 sudu besar dan dan malam 2 sudu besar (sebelum tidur).

3) Air kelapa muda – ikut suka bila nak minum, saya minum. At least sehari sekali. Saya beli stok buah kelapa muda dari kedai mamak weekly. Sedap sangat! šŸ˜‰

4) Air zam zam – minum segelas sehari. Sebelum minum saya baca bismillah, selawat 3x dan doa bersungguh2 dalam hati mohon dipermudahkan proses bersalin.

5) Makan Kurma – saya suka kurma Maryami sebab kurang manis.

6) Saya consume set kehamilan Shaklee.

The rest, saya makan macam biasa. Even sepanjang pregnant saya kurang berselera saya make sure saya makan secukupnya. Menu paling berselera waktu tu buat saya ialah Aglio Olio! šŸ˜‰

And Alhamdulillah…saya yakin apa yang saya amalkan di atas semuanya sangat2 membantu memudahkan dan mempercepatkan proses bersalin saya tempoh hari.


Yang kedua, saya juga merajinkan diri untuk melakukan SENAMAN RINGAN menggunakan EXERCISE BALL / GYM BALL. Ada beberapa langkah senaman yangĀ mudah yang saya wajib lakukan setiap hari danĀ memang sangat membantu saya kekal “fit” dan juga membantu tulang pelvik untuk lebih “bekerjasama” semasa proses melahirkan. InsyaALLAH, saya akan kongsikan tekniknya dalam entri yang akan datang yea..

Saya sangat-sangat menyarankan agar sahabat-sahabat semua agar sentiasa menjaga PEMAKANAN dan mengamalkan SENAMAN RINGAN setiap hari dalam tempoh kehamilan kerana kedua-dua faktor ini sangat sangat membantu untuk kita menikmati kelahiran yang mudah dan cepat.

Ini kerana,Ā Ā apabila saya mengamalkan kedua-dua perkara di atas secara serius dan istiqamah, buatĀ pertama kalinya saya berpeluang merasai pengalaman bersalin dalam tempoh yang mudah, singkat dan kurang sakitnya.

Sebenarnya, banyak lagi faktor yang menyumbang kepada kelahiran yang mudah dan indah. Tapi yang penting, DUA perkara di atas wajib kita ambil perhatian terlebih dahulu yea…

Semoga perkongsian ringkas saya ini dapat memberi manfaat serba sedikit buat sahabat-sahabat pembaca semua..insyaAllah… šŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

One Response

  1. Puan hanim January 22, 2015

Leave a Reply to Puan hanim Cancel reply

*