9 Perkara Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli Pam Susu Ibu

Pam Susu Ibu Ketiga Milik Saya.  Masih setia berkhidmat hingga anak ketiga... :)

Pam Susu Ibu Ketiga Milik Saya. Masih setia berkhidmat hingga anak ketiga… 🙂

Salam sayang working & pumping mommies sekelian! 🙂

Entry ini saya karangkan khusus untuk BAKAL IBU dan juga para IBU yg masih lagi tercari-cari apakah breastpump yg terbaik sebelum membuat keputusan untuk membelinya. A lot of things to be considered sebab pemilihan yang bakal dibuat akan melibatkan KOS dan juga EFFICIENCY breastpump tersebut kpd kita. Okie…below are the helpful hints yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda membuat pilihan terbaik kay! 

Perkara yg paling penting yg perlu kite pertimbangkan ialah FEATURES/CIRI-CIRI breastpump tersebut. Adakah ianya menepati KEPERLUAN kite. So, here we go…. 😉

1. “SINGLE vs. DOUBLE”

Perlu diingatkan kepada semua mommies, if you’re still in the midst of considering what type of breastpump that you should buy, i’m strongly recomending you to opt for a double pump. Ini kerana jika kita betul-betul berniat nak exclusively & fully breastfeed our baby, IT IS A MUST to use a breastpump which have a double-pumping features ye! Anda boleh baca tentang KEPENTINGAN double pumping kat SINI.

2. CARA OPERASI

Pertimbangkan bagaimana pump tersebut beroperasi. Basically ada 4 jenis breastpump ye :-

1) Battery operated

2) Electric operated

3) Battery & electric operated

4) Manual

Anda perlu consider breastpump jenis ape yg sesuai untuk dijadikan kegunaan seharian anda samada di tempat kerja ataupun dirumah. Jika anda memilih untuk menggunakan breastpump yg hanya boleh beroperasi dgn elektrik, maknenye tempat duduk anda kena anda power point supaya anda boleh menjalankan operasi mengepam. So, fikir baik-baik dulu port yg bakal anda pilih tu ade x power point. Kalau x de camne nak on kan pump tu kan?

Tapi kalau ianya battery operated, x de masalah la…sbb ianya boleh digunakan kat mane shj anda berada. Cuma anda kene make sure je la yg battery anda tak kong and  fully recharged (utk yg rechargeable battery). For breastpump yg dual-function (yg ada battery & electric operated), lagi besh mcm FS saya! 

3. KUASA SEDUTAN (“SUCTION STRENGHT”)

Kalau boleh pilihlah pump yg sedutannye menyerupai/mimics cara baby kite menyusu and kite sendiri boleh control the SPEED or STRENGHT of the suction. Ini akan menggalakkan Let Down Refleks dan meningkatkan produksi susu. Ada pelbagai jenis breastpump kat market yg direka dengan ciri-ciri suction tertentu contohnye seperti Spectra 3 (ada control knob untuk control strenght of suction), Medela FS (ada 2-phase expression), Medela Harmony, Ameda Lactaline & etc.

4. BAHAGIAN-BAHAGIAN PAM 

Kalau saya, saya akan pilih pump yg tak banyak parts supaya senang nak assemble & dissamble, senang nak basuh, tak mudah hilang dan yg paling penting untuk menjimatkan masa saya. 

5. BUNYI MOTOR

Bunyi ni susah nak determine before we actually buy the pump. But we can make an extra effort by doing some research and asking around from other people yg lebih berpengalaman tentang dunia pam-mengepam ni. But, from my experience, Spectra 3 still menang la…Sbb ianya sangat silent ketika ianya beroperasi. Memudahkan saya untuk megepam di cubicle tanpa diketahui oleh orang lain dan tidak mengganggu other colleauges ye. Macam Medela Freestyle lak, bunyinye agak kuat, tapi saya mengambil langkah bijak dan kreatif dengan meletakkannye di dalam locker kat sebelah tempat duduk saya dan tutup locker tu untuk mengelakkan bunyinye terkeluar…hehehe…sy memang bijak! Bleh refer ENTRY INI untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknik-teknik mengepam di cubicle ye!

6. KETAHANAN (“DURABILITY”)

Belilah breastpump yang mempunyai ketahanan yang lama supaya kite dapat gunakan ianya for a long period. At least boleh guna for 2-years agar tercapai mission possible kite untuk menyusukan anak kite selama 2-tahun sekurang-kurangnye. Jangan sebab murah, kite main beli je. And then tak tahan lama mana pun. For me it’s okay to spend duit yang banyak untuk beli breastpump yang berkualiti kerana ianya adalah INVESTMENT yg CONFIRM tak merugikan anda malah MENGUNTUNGKAN dunia dan akhirat. Ingat tu, dunia dan akhirat taw!Kat dunia jimat duit, kat akhirat neraca pahala pon berat sebab kite mengikut syariat – menyusukan anak kite dengan susu badan. So, investment ni untuk dapat reward untuk kedua-duanya lah ye! =)

7. MOBILITI

Ini depend on individu lah ye…kalau jenis mommies yg kerjanye on the go, pilih lah pump yg mobile and portable mcm FS. Sangat membantu expecially kalau terpkasa outstation jauh-jauh. Macam Spectra 3, nak tak nak kite kena spend “quality time” la di kala mengepam (which is good actually ya!). Sebab kite kena dok kat tepi dinding mahupun di hujung katil macam saya untuk mengepam. Advantagenye, kite bleh la rileks-rileks dan x perlu tangan tu sibuk2 dok wat kije lain time mengepam kan! For FS lak, sbb ianya “true pumping mobility”, sambil mengepam kite boleh wat macam2 benda which is also good for those yang tidak mempunyai banyak masa. Macam saya yg guna FS ni, sambil mengepam saya boleh siapkan 3-4 agreement…hehehe…mcm best je yeh! Dan kat umah boleh mngepam sambil pergi dapur dan kemana-mana ceruk rumah yg saya nak pegi! Eheheheheh….

8. “HANDSFREE”

Yang ni consider PENTING gak sbb ianya merupakan ADDED VALUE kepada KESELESAAN  kite mengepam. Yang mana bile kite selesa mengepam, kite akan rasa tenang & happy. Bila tenang & happy, susu kite akan jadi BANYAK! Mungkin ada yg rase x berapa penting, tapi bagi saya ianya SANGAT PENTING  dia atas sebab2 yg saya baru tulis nun. Juz imagine if each and everytime kite nak mengepam, kite kena pegang botol in an awkward position. Kite mesti rase x selesa sbb takut susu tumpah la, sakit pinggang dan sebagainya kan? Bile tak selesa, sesi mengepam pon jadi tak syok. Bila tak syok, ape consequencenye? Of course la production pon “tak syok” gaks!

9. BAJET

Haaa..for me yang ni last sekali…*hehehe..memang dasar boros!* Yang penting bila saya dah pilih pump yang BERKUALITI dan menepati KEPERLUAN saya, saya tak kisah untuk spend berapa RM sekali pun…JANJI PUAS HATI! Jangan ikut perangai buruk saya ni ye kawan-kawan. Ikut yang baik je taw! =) But for kawan-kawan yg jenis berjimat-cermat dan pandai jaga duit, belilah breastpump mengikut budget yang kite dah tentukan. Yang penting bersesuaian dengan kita dalam semua aspek…kay! 

Kawan-kawan boleh juga refer kat video ni untuk maklumat lanjut tentang TIP-TIP MEMBELI PAM SUSU YANG SESUAI ye –> Tips On Buying Breastpump

PILIHAN DI TANGAN ANDA…ANDA TENTUKAN…. 🙂 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

5 Comments

  1. iezue January 10, 2010
  2. harlinda halim January 10, 2010
  3. iezue January 11, 2010
  4. harlinda halim January 11, 2010
  5. ShaNaz July 26, 2010

Leave a Reply to ShaNaz Cancel reply

*