80% Taska Beroperasi Secara Haram

Mommies! Dah baca paper today? I saw this headline when i was reading the newspaper on my way to the office. Waaaahh….80% tu…boleh dikatakan hampir semua taska kat Malaysia ni  beroperasi secara illegal yeh…Ni saya copy & pastekan news tersebut for your ease of reference…

Taska haram punca kes dera

TIDAK ramai ibu bapa yang mengetahui bahawa taska di Bandar Sri Mahkota, Cheras ini beroperasi secara haram.



KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, sebanyak 2,077 pusat asuhan kanak-kanak atau taska di negara ini didapati beroperasi secara haram. Jumlah itu mewakili 80 peratus taska yang terdapat di Malaysia.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zaitol Salleh berkata, 12 kes kematian kanak-kanak di taska haram dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini membuktikan kewujudan taska haram tidak boleh dibiarkan.
Beliau berkata, antara punca kematian mangsa ialah tercekik susu atau makanan, kurang pengawasan pengasuh, terjerut atau terjatuh dari buaian serta mengambil kanak-kanak dalam nisbah yang terlalu ramai.
“Kita sangat bimbang kerana pihak taska melatih pengasuh yang tidak terlatih malah rata-rata spesifikasi taska tidak menepati piawaian keselamatan JKM,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.”
Hmm…bila saya baca berita ni saya terfikir and sebenarnye saya dah lama terfikir tentang isu ni. Business Taska ni adalah category business yang berisiko tinggi. Sebab kite amik responsibility untuk jaga anak orang. Dan tanggungjawab untuk jaga anak orang lain adalah satu tanggungjawab yang sangat berat ye. Yelah…secara logiknya, mesti parents budak-budak yang dihantar kat taska tu jaga anak diorang bagai menatang minyak yang penuh. Mungkin mereka cubit anak pun tak pernah. Tapi pengasuh-pengasuh yang di taska tu sudah tentu tak dapat nak buat camne yang parents buat kan. Saya tak cakap yang pengasuh di nursery tak bagus. Malah saya sangat berpuas hati dengan cara mereka menjaga Danish di taska. Danish pun rapat dengan pengasuh-pengasuh kat taska die. Alhamdulillah lah kan…

Tapi kalau kite tengok semula kes-kes yang berlaku di taska-taska tertentu yang sampai melibatkan kematian tu, membuatkan saya jadi takut. Contohnye, kalau kalian semua pernah terbaca tentang kisah arwah Akmal Hariss. Mesti kite mak-mak & bapak-bapak ni jadi seriau. Minta dijauhkan lah dari semua perkara yang buruk-buruk berlaku kepada anak-anak kite…

So, kesimpulannya, kalau taska lah yang menjadi pilihan kite untuk hantar anak, buatlah pilihan yang betul. Jangan main antar je semata-mata dekat dengan rumah ke, murah ke or etc etc. Pilihlah taska yang betul-betul sesuai, selamat dan beroperasi secara legal. Interview habis-habis orang-orang kat taska tu sebelum decide nak anta anak kite kat situ.

Saya hantar Danish di Taska Shaz, Seksyen 6, Wangsa Maju. Alhamdulillah, setakat ni memang berpuas hati dengan mereka. Kat Taska Shaz ni, diorang tak guna buaian untuk tidurkan babies. Diorang guna baby bouncer. Ok lah kan..lebih selamat as compared tu buaian…

So, untuk panduan diri saya sendiri & kalian, saya ade buat sedikit research on Prosedur Penubuhan Taska. So, kat sini kite boleh tau ape langkah-langkah/checklist yang perlu diambil oleh individu-individu yang nak buka taska or mereka-mereka yang sudahpun ade taska.

So, cekidout mommies… =)!

 

Penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan

Bagaimanakah proses penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan?


Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.

Satu Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA bolehlah didapati daripada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, pada harga RM10.00.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pemohon bolehlah mendapatkan penjelasan dari mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Permohonan Pendaftaran TASKA ke PKMD adalah:

* Kelulusan tiga agensi teknikal terkini / masih sah tempoh lakunya.
* Pelan lantai beserta pengiraannya (dalam ukuran meter)
* Senarai menu mingguan
* Senarai aktiviti mingguan
* Senarai pekerja (nama penuh, No. K/P dan kelulusan)
* Sijil Pendaftaran Syarikat / Pertubuhan
* Senarai aktiviti bersama ibubapa
* Wang Pos / Kiriman Wang bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Bagi permohonan pendaftaran baru TASKA, borang permohonan terdapat di bahagian belakang Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA, sementara bagi permohonan pendaftaran semula, 1 set borang permohonan boleh didapati pada harga RM4.00 di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat.

Bagi borang permohonan Pusat Jagaan pula, ianya boleh didapati secara percuma di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bagi tujuan pendaftaran adalah sama dengan TASKA, hanya wang pos / kiriman wang adalah bernilai RM10.00 sahaja
Dikemaskini Pada ( Friday, 02 October 2009 15:57 )

Source from : www.jkm.gov.my/jkm/ind…mp;lang=ms


Prosedur Pendaftaran TASKA

Baru/Pendaftaran Semula

  1. Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada harga RM10.00 (Pendaftaran Baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM
  2. Pemohon mendaftarkan perniagaan/pertubuhan
  3. Pemohon mendapatkan kelulusan dari 3 agensi teknikal iaitu Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan
  4. Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD yang berhampiran beserta wang pos/cek bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  5. Permohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD
  6. Permohonan dikemukakan ke JKMN
  7. Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN
  8. Permohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu Pejabat)
  9. Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya
  10. Perakuan Pendafataran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan

NOTA:

  • PKMD: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
  • JKMN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
  • JKMM: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat) 

Source from : http://pmr.penerangan.gov.my

Okey, jika ade sesiape yang betul-betul interested nak jadi pengurus taska, boleh refer to this website –> www.mytaska.com OR www.rahsiabisnestaska.com. Dan yang ini checklist untuk pendaftaran taska –> Checklist Dokumen.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

10 Comments

  1. azeima October 6, 2010
  2. harlinda halim October 6, 2010
  3. MamaYatie October 6, 2010
  4. harlinda halim October 6, 2010
  5. mimi October 12, 2010
  6. harlinda halim October 15, 2010
  7. azimah November 18, 2010
    • Harlinda Halim November 24, 2010
  8. lina December 14, 2010

Leave a Reply to harlinda halim Cancel reply

*

CommentLuv badge