5 Sebab Bayi Anda Wajib Merangkak

5 Sebab Bayi Anda Wajib Merangkak!

Pentingkah Bayi Melalui Fasa MERANGKAK?

Satu persoalan yang jarang-jarang dipersoalkan secara umum oleh kita sebagai ibu bapa. Selalunya, apabila anak sudah pandai berjalan, kita sudah cukup puas hati dan gembira…betul? 😉

Saya kongsi sedikit info ringkas di sini, mengapa bayi  perlu merangkak :

“Why is crawling important?

It helps your baby organize the wiring to his brain for higher level, cortical functions. Cross pattern activities help develop good communication between the right and left sides of the brain, which helps to avoid future problems of long-term memory, stuttering, etc. It also helps him feel and understand where his body is in space, as well as promotes good bladder and bowel control. Coordinated physical movement is dependent upon developing good tactility and corresponding good cross pattern movement.

— Kay Ness, Jett’s Neurodevelopmentalist”

Jadi, jawapan kepada soalan di atas, adalah YA, adalah penting untuk setiap bayi itu melalui fasa MERANGKAK kerana :

1. Dengan merangkak ia menandakan bahawa fungsi korteksnya berkembang dengan baik.

2. Merangkak juga membantu anak-anak “develop” fokus mata yang lebih bagus dan ini sangat membantu anak-anak apabila mereka mula belajar membaca dan menulis.

3. Merangkak akan menguatkan otot-otot tubuh anak seperti otot perut, bahu, tangan, lengan dan kaki. Ianya juga membantu untuk membentuk tulang belakang yang betul (“spinal alignment”)

4. Membantu anak-anak dalam kemahiran koordinasi dan keseimbangan badan (“balance & coordination”)

5. Dari sudut sosio emosinya, anak-anak yang merangkak secara automatik akan terdorong untuk mencapai “goals” yang mereka inginkan dengan merangkak untuk mendapatkan objek yang mereka mahukan.

Ada 3 PERINGKAT MERANGKAK sebenarnya yang kita selama ni mungkin tak perasan… 😉

3 peringkat tersebut adalah :

Peringkat 1 :

HOMOLOGOUS –> Merangkak seperti ULAT BULU (peringkat awal merangkak).

Peringkat 2 :

HOMOLATERAL –> Merangkak seperti BERUANG. Iaitu tangan dan kaki yang sama bergerak seiringan (“same side”). Maksudnya, bila tangan kanan ke depan, kaki kanan ikut ke depan (vice versa).

Peringkat 3 :

CROSS PATTERN –> Merangkak seperti HARIMAU berjalan. Iaitu tangan dan kaki yang bergerak secara bersilangan. Maksudnya, bila tangan kanan ke depan, kaki kiri yang ikut ke depan (vice versa).

Fasa merangkak yang paling sempurna ialah yang ketiga iaitu CROSS PATTERN. Ini kerana, dengan merangkak secara “cross pattern” ianya menandakan kedua-dua bahagian otak mereka (kiri dan kanan) dapat berfungsi (“synchronize”) dengan baik.

Semasa kursus Nury, kami ibu bapa disuruh merangkak dan menjulur untuk memastikan cara merangkak yang kami buat adalah betul sebelum kami nak ajar anak-anak kami merangkak.. 😉

Dan jangn terkejut ye…ada di antara kita yang sudah dewasa ni pun tak merangkak secara CROSS PATTERN! 😉 Kalau kalian tak percaya, cer cuba merangkak jap lagi… 😉

Saya sertakan sekali link YOUTUBE anak kedua saya semasa dia dalam fasa merangkak untuk rujukan (“cross pattern”). KLIK sini untuk tonton –> https://youtu.be/Z7KsEZj138Y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
DAPATKAN UPDATE TERKINI SETIAP HARI!
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
"Subscribe" dan dapatkan pelbagai info, tips & panduan penting mengenai topik-topik berkaitan natural parenting, WAHM, remedi alami dan pelbagai maklumat menarik khas untuk bacaan anda.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
The following two tabs change content below.
WAHM . Natural Parenting Practitioner . Entrepreneur . Organizing Expert . KHALIFATULLAH .

One Response

  1. Yourfabulousmama September 3, 2015

Leave a Reply to Yourfabulousmama Cancel reply

*